Aku ade terbaca laman Minda Tajdid oleh Dr Asri(ex-mufti perlis) pagi ni yg menyatakan ade org meminta beliau menggunakan nas-nas dan dalil Al-Quran sebagai tanda membuktikan perjuangan mereka ini yg mahu PPSMI dihapuskan sebagai perjuangan agama.
tatkala aku baca aje rangkap tu..aku da tau betape taksub dan rendahnya maruah diri segelintir golongan ni. Sanggup beliau menggunakan atau menjual agama utk matlamat die yg tertentu(ini bukan perjuangan agama rasanya)
Aku percaya x semua org menyokong dan x semua yang menolak PPSMI ini. Ade pro dan kontra nya mengenai pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam B.I tetapi apabila kontranya lebih dirasai oleh golongan Melayu dan terutamanya mereka yg berada di kawasan kampung atau pedalaman, maka isu ini haruslah benar2 dikaji oleh kerajaan.
Tapi maaf, sile jgn politikkan isu ini atau menggunakan agama utk meraih simpati dan menyokong perjuangan bangsa kononnya. Sikap seperti ini akan menyebabkan bangsa lain menggeleng kepala melihat perpecahan dan kebodohan masyarakat kita sendiri. Biar perjuangan itu benar2 ikhlas, releven dan rasional.Harus ade keterangan sahih atau mungkin kajian yang dapat meyokong fakta. Bukan hanya setakat ingin menonjol kepentingan diri atau publisiti murah nama parti.
Kerajaan juga jgn lah mengambil enteng mengenai perkara ini. Suara rakyat haruslah didengari dan dikaji kembali asas tuduhan mereka itu. Jika tidak ade kajian yang benar2 dibuat bagi menidakkan tuduhan rakyat yang 'durhaka' ini serta beberapa kenyataan dari menteri tertentu yang x langsung meyakinkan serta bersifat berat sebelah(hanya memikirkan golongan bandar dan anak golongan berada) berkenaan masa depan MAJORITI pelajar kite, sile lah jangan marah jika Demonstrasi jalanan dilakukan untuk memprotes PPSMI ini. (jika bantah demonstrasi jalanan, kenapa benarkan protes jalanan bantah kezaliman Zionis?)
ini bukan perjuangan memartabatkan bangsa atau bahasa jauh sekali agama
ini perjuangan masa depan pelajar kite yg kebanyakkan nya dari bangsa dan menggunakan bahasa yang sama serta insyaallah yang bakal memartabatkan agama tercinta ini.
burung bahasa
No comments:
Post a Comment