Tuesday, March 17, 2009

Badminton no 1...!

Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei,Pemain Badminton perseorangan Malaysia yang telah berjaya mengalahkan musuh trdisinya dari China (Lin Dan). Rata2 peminat sukan badminton negara ini melahirkan rasa kegembiraan mereka terhadap prestasi permainan Lee Chong Wei di terbuka Swiss baru2 ini. Mutu permainan badminton beliau boleh dikatakan pada peringkat yang terbaik berbanding ketika beliau menentang musuh utamanya itu di perlawanan All England sebelum itu.

Kehebatan Lee Chong Wei mmg tidak dapat disangkal lagi dengan gaya permainan yang lebih berani, bercorak taktikal pertahanan yang sempurna dan banyak mempamerkan skill2 yang menarik berbanding Lin Dan yang kehebatannya bergantung kepada kekuatan smashnya yang tajam, kurang melakukan kesilapan dan hantaran tepat ke garisan gelanggang.

Badminton adalah satu2nya permainan yang mampu membuatkan aku kurang senang duduk sepanjng menonton perlawanan Live mereka berbanding sukan2 yang lain. Diharap nama Malaysia akan lebih gah dan dikenali melalui sukan Badminton ini dengan corak permainan ala-ala 'samba' seperti zaman kegemilangan Sidek dahulu. Kemenangan sesuatu permainan akan lebih diingati jika corak permainannya cantik dengan hantaran2 unik dan gaya permainan menarik yang tidak dapat dijangka oleh penonton.

Burung + Badminton = Burminton?

2 comments:

  1. ya, betul, harap Mlysia akan lebih terkenal dalam arena sukan antrabangsa....

    ReplyDelete