Thursday, March 19, 2009

Episode hari khamis

ari ni pkl 7.44 pagi punch in kt mesin kedatangan
xde benda best yang berlaku except kurang pesakit di dalam wad aku
member sama2 lunch cuti plak ari ni coz ade job kt terengganu
so kena pi beli nasi bungkus kt luar
ari ni sangat bosan dan ngantuk coz kurang/xde keje
tp xpe coz besok da jumaat
blk keje pi lari kt tasik permaisuri
hari macam nk hujan, tp syukur terang smp aku blk umah
rasa macam da cukup 5 km kot
enjoy sket la bile terjumpe dan join mmber aku lari skali td
mlm rehat2 dan tgk tv..
bukak tafsir sekejap
em...enjoy baca 'buku' ni
burung ke?

Wednesday, March 18, 2009

situ sana sini...

Monster Clothing inc. ...

"pichiu..pichiu..auwww!.."

Women Hormonal changes, it's so unpredictable....


Can we eat him either?

How organize can you be?

Computer geeks live in an imagination, so they make it real for their satisfaction!

Rihanna inspired by this tree a lot, before she started writing her own song so called 'umbrella'

skateboard?...


Tuesday, March 17, 2009

anugerah Rockers..?

Trimas kepada penganugerah AWARD ini..che' KNINI..semoga award ini dapat meningkatkan kapasiti sawang blog ini seperti yang didakwa beliau..hahaha

Badminton no 1...!

Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei,Pemain Badminton perseorangan Malaysia yang telah berjaya mengalahkan musuh trdisinya dari China (Lin Dan). Rata2 peminat sukan badminton negara ini melahirkan rasa kegembiraan mereka terhadap prestasi permainan Lee Chong Wei di terbuka Swiss baru2 ini. Mutu permainan badminton beliau boleh dikatakan pada peringkat yang terbaik berbanding ketika beliau menentang musuh utamanya itu di perlawanan All England sebelum itu.

Kehebatan Lee Chong Wei mmg tidak dapat disangkal lagi dengan gaya permainan yang lebih berani, bercorak taktikal pertahanan yang sempurna dan banyak mempamerkan skill2 yang menarik berbanding Lin Dan yang kehebatannya bergantung kepada kekuatan smashnya yang tajam, kurang melakukan kesilapan dan hantaran tepat ke garisan gelanggang.

Badminton adalah satu2nya permainan yang mampu membuatkan aku kurang senang duduk sepanjng menonton perlawanan Live mereka berbanding sukan2 yang lain. Diharap nama Malaysia akan lebih gah dan dikenali melalui sukan Badminton ini dengan corak permainan ala-ala 'samba' seperti zaman kegemilangan Sidek dahulu. Kemenangan sesuatu permainan akan lebih diingati jika corak permainannya cantik dengan hantaran2 unik dan gaya permainan menarik yang tidak dapat dijangka oleh penonton.

Burung + Badminton = Burminton?

Sunday, March 15, 2009

Jgn gunakan agama!!

Aku ade terbaca laman Minda Tajdid oleh Dr Asri(ex-mufti perlis) pagi ni yg menyatakan ade org meminta beliau menggunakan nas-nas dan dalil Al-Quran sebagai tanda membuktikan perjuangan mereka ini yg mahu PPSMI dihapuskan sebagai perjuangan agama.

tatkala aku baca aje rangkap tu..aku da tau betape taksub dan rendahnya maruah diri segelintir golongan ni. Sanggup beliau menggunakan atau menjual agama utk matlamat die yg tertentu(ini bukan perjuangan agama rasanya)

Aku percaya x semua org menyokong dan x semua yang menolak PPSMI ini. Ade pro dan kontra nya mengenai pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam B.I tetapi apabila kontranya lebih dirasai oleh golongan Melayu dan terutamanya mereka yg berada di kawasan kampung atau pedalaman, maka isu ini haruslah benar2 dikaji oleh kerajaan.

Tapi maaf, sile jgn politikkan isu ini atau menggunakan agama utk meraih simpati dan menyokong perjuangan bangsa kononnya. Sikap seperti ini akan menyebabkan bangsa lain menggeleng kepala melihat perpecahan dan kebodohan masyarakat kita sendiri. Biar perjuangan itu benar2 ikhlas, releven dan rasional.Harus ade keterangan sahih atau mungkin kajian yang dapat meyokong fakta. Bukan hanya setakat ingin menonjol kepentingan diri atau publisiti murah nama parti.

Kerajaan juga jgn lah mengambil enteng mengenai perkara ini. Suara rakyat haruslah didengari dan dikaji kembali asas tuduhan mereka itu. Jika tidak ade kajian yang benar2 dibuat bagi menidakkan tuduhan rakyat yang 'durhaka' ini serta beberapa kenyataan dari menteri tertentu yang x langsung meyakinkan serta bersifat berat sebelah(hanya memikirkan golongan bandar dan anak golongan berada) berkenaan masa depan MAJORITI pelajar kite, sile lah jangan marah jika Demonstrasi jalanan dilakukan untuk memprotes PPSMI ini. (jika bantah demonstrasi jalanan, kenapa benarkan protes jalanan bantah kezaliman Zionis?)

ini bukan perjuangan memartabatkan bangsa atau bahasa jauh sekali agama
ini perjuangan masa depan pelajar kite yg kebanyakkan nya dari bangsa dan menggunakan bahasa yang sama serta insyaallah yang bakal memartabatkan agama tercinta ini.

burung bahasa

Monday, March 2, 2009

Ini cerita seram.....

Pernahkah anda mengalami perasaan dibayangi dan dihantui oleh 'sesuatu'...

Mungkinkah ia hanya sekadar ilusi, igauan minda atau kesilapan akal fikiran menafsir penyataan...
atau cinta dan obsessi seketika diri terhadap sesuatu perkara....

Kekhilafan diri mungkin antara sebab yang akan diberi....

pujian serta kata2 manis percaya atau nista juga adalah mungkin dalang segalanya...

terlambat sudah, dan kini telah setia bersama dalam aturcara diri.....

turut berlegar disegenap sudut hati ini.....

Cerita seram ini masih lagi menghantui....