9 tahun digantung x bertali? ape yg org mahkamah syariah buat?
kenapa urusan penceraian, tuntutan fasakh dan masalah2 agama tidak diambil tindakan serius? Polis x bleh digunakan utk heret suami2 x bertanggung jwb ni ke mahkamah?
aku daripada dulu lg mmg x paham ngan peranan mahkamah syariah ni, klu bekas suami x hadir ke mahkamah, urusan tuntutan penceraian mengikut jalan yg 'sah' akan ditunda dan dibicarakan blk sehinga semua dpt hadir utk dibicarakan..sang suami dgn senang hati boleh memberi alasan demam, urusan kerja atau masalah keluarga utk tidak hadir ke mahkamah sehingga berbulan2 atau bertahun2.
ade masalah suami tidak membayar tuntutan nafkah anak sehingga bertahun2 di mahkamah syariah yg x dpt diselesaikan oleh peguam dan hakim kerana kekurangan bukti dan fakta2 bodoh yg merugi dan membazirkan masa sesorang. baru2 ni ade paparan akhbar yg melaporkan kununnya ade wanita jelita yg terpaksa melalui 9 tahun kerenah perjalanan mahkamah syariah utk menyelesaikan tuntutan fasakhnya dan terpaksa mengenepikan tuntutan nafsu dan kehidupan normalnya dalam tempoh itu sebagai manusia.
x kisah samada jelita atau tidak, tapi sebagai manusia, bagaimana kite mahu mengekang tuntutan nafsu batin kite dalam tempoh itu sedngkan kite mampu dan sepatutnya tidak mempunyai masalah utknya selagi ia halal, ttp bagaimana mahu halal jika tidak dpt berkahwin lg dgn org bernama 'suami' kerana digantung spt ini. Mungkin ade ssetgh org yg skeptikal dan memperlekehkan wanita2 malang ini dgn pandangan hina dan jijik jika isu nafsu batin ini dikatakan masalah utama.
manusia bukannya malaikat, jika lelaki dikembirikan dan disuruh hidup spt biasa sehingga tua, mampukah kite?. Masalah ini sgt berat kerana ia menjerumuskan ramai wanita dalam masalah sosial utk tempoh jangka masa panjang. Bukan semua org kuat nilai iman dan agamanya. Jika pak imam atau sang abib yg sudah beribadat lama pun boleh jatuh tunduk kepada tuntutan nafsu bersama wanita, apatah lagi insan biase.
org2 agama malaysia baru2 ini sibuk berbinang dan bersidang utk melaksanakan hukuman yg lebih keras lg utk perogol dan mereka yg berkhalwat. Bagus cadangan mereka ini jika dilaksanakan ttp ia masih hukum manusia maka akan berkesankah ia sepenuhnya?, bnyak lg urusan len yg perlu diketengahkan, buat ape kite terlalu mencari benda yg tersembunyi jika benda yg nampak jelas pun x dpt diselesaikan.
aku bukan org yg kuat agama atau fasih psl agama, ttp nabi pun hanya menyuruh kite memerangi musuh islam yg nyata, bukan pegi cari dan selidik setiap musuh islam x tentu psl. Ttapi kite sibuk dgn ayat ' amal makruf nahi mungkar' tanpa paham pengisian sbnarnya. Semua hotel pergi serbu dan selidik senarai nama org islam utk pemeriksaan bilik jika ade yg berkhalwat. mcm dah xde keje len yg boleh dilakukan! dulu ade makhluk tuhan bodo mana tah yg cadangkan skuad 'skodeng' utk cari mereka yg beromen kt taman tasik..org islam ni nmpak benda remeh aje, psl tu lah makin ramai yg rosak kefahaman islam dan x bleh maju ke depan.
tp bukan juga bermaksud biarkan semua org berzina atau berkhalwat, tp xpayah tlalu berkeja keras pagi dan tgh mlm utk pergi dr stiap hotel ke hotel len utk semua ini yg menjatuhkan kredibiliti islam kerana spt tidak pcaya dan yakin dgn umatnya..cukuplah jika ade laporan org awam mengenai insiden ini yg terlalu jelas dan mencemarkan imej agama jika ia dibiarkan berterusan. jika tidak ade laporan dan tugas2 'berat' ini mungkin mereka dpt fokus lebih kpd masalah agihan wang zakat yg masih x sempurna atau dakwah ke kawasan pedalaman spt kelas agama dan ngaji utk org asli di kawasan pedalaman malaysia.
berbalik kpd jabatan agama dan badan2 agama di malaysia. silalah pentingkan benda yg penting dan tahu beza terselindung dan nyata. kepada mereka yg rasa aku ni berfahaman radikal ke, terpesong ke, aku x kisah la..yg penting majoriti x semestinya betul... al quran panduan dan rujukan serta buku kajian..x perlu dijunjung setiap masa jika sendiri x paham kandungan dan melaksanakannya.
Allah lebih mengetahui
(ini hanya sisipan dan pandangan peribadi)
burung islam......
ReplyDeleteke burung jabatan agama islam?
btol ke wanita yg digantung 9 tahun tu jelita?