23 Oktober 2009 - Bandar Tasik Permaisuri, Cheras KL (9.30 - 10.30)
Sesi jamm 'back 2 square 1' oleh 2 ahli band kapak pada awal 2009 ini memperlihatkan keazaman dan kesungguhan mereka utk bersatu kembali ulas Drumstick band ini; modjo mono. Ketiadaan bassistutta band ini;murkidos mentos, untuk mencari rezeki dan menimba ilmu pornography dilihat sebagai punca mengapa tiada sebarang material dapat dihasilkan lagi oleh band ini sehingga kini. "Band ini klu kami dapat gambarkan ia spt kilang atau pusat2 yang menghasilkan ramai pemuzik2 ulung abad ini" "Kumpulan kami kerap bertukar-tukar anggota serta turut melatih beberapa bakat baru sebelum kami biarkan mereka ini untuk menerokai dunia muzik yang lebih luas" jelas modjo mono bersungguh-sungguh. "Man kidal, Joe Wings adalah diantara mereka yang berbakat dalam kumpulan ini tetapi masih tetap disingkirkan atas alasan mereka kurang aktif bersukan sewaktu bersekolah dahulu" jelasnya lagi.
Sejarah kumpulan ini yang tertubuh sendiri pada sekitar 2005, terus mendapat perhatian peminat2 muzik Puncak Perdana ketika itu. Maka fan club band tidak bernama awalannya ini turut tertubuh bersama kegilaan mereka terhadap persembahan band pujaan mereka ini. Persembahan yang biasanya mengambil masa sekitar satu jam ini selalunya dihadiri oleh beberapa peminat mereka bersama. Ketika ditanya burung ape; pemberi bunyian dan pembaca lirik band ini mengenai bilangan peminat yang selalu bersama mereka, ini adalah maklumbalasnya, “Kami memang mengimpikan kehadiran ribuan peminat kami bersama ketika sesi jamming kami di studio2 sekitar lembah kelang. Malangnya kebanjiran band2 indonesia sedikit sebanyak memberi impak pada penjualan album artis2 akademi fantasia. Maka kerajaan haruslah mengambil tindakan tegas menghantar balik PATI(pendatang asing tanpa izin) ini jika mahu rakyat hidup aman dan sentosa, sekian”
Ini adalah beberapa cadangan nama band ini yang diberi oleh peminat2 mengikut sumber2 band hebat ini;
1. Hujan (telah dicuri guna pakai tanpa kebenaran)
2. Bangkrap – tiada nilai komersial
3. Kugiran ragu-raguan – masih ragu2 lagi
4. “Zinger Burger”- tidak mendapat pelepasan hak cipta nama KFC holdings
5. Terung Unggu – dibantah hebat Pasha Ungu (band Indonesia)
Walaubagaimanapun beberapa tajuk lagu telahpun terhasil menurut kata burung ape dan mereka kini hanya menunggu lirik dan melodinya sahaja sebelum dapat merakamkan material sulung mereka ini. Kehadiran band2 indie masa kini yang dianggap pencetus fenomena muzik tanah air juga dipercayai dipelopori oleh band lagenda dari PJ ini. Diharap band ini dapat lebik sukses setelah penggabungan mereka kembali bersama ahli2kumpulan yang lain dan merakamkan single mereka yang kini hampir menjadi siulan salah seorang peminta setia mereka, Ronggeng.
Norzie pak wan chik
wartawan
majalah ma&pa
No comments:
Post a Comment