Thursday, February 5, 2009

Bahasa Burung..?


Bahasa Inggeris atau melayu...
Bahasa melambangkan bahasa..?
Cintai bahasa or xnak berusaha..?

Tak tau nk mula dari mana.. rasanye dah lama dah isu ni berlegar2 dalam fikiran burung, klu x silap sejak sekolah menengah lagi. Kenapa oren melayu bile jumpe oren melayu, segan nk bercakap dalam bahasa perantaraan inggeris? tapi ini tidak pula menjadi masalah bagi hampir kebanyakkan bangsa lain seperti Cina, India atau Sikh...mereka senang berkomunikasi sesama mereka samada rojak atau inggeris sepenuhnya. Klu diikutkan, mereka 'hampir' fasih dalam pelbagai bahasa dan tidak pernah nampak yang mereka seperti kehilangan identiti bangsa mereka. Oren Cina yg tinggal dan lahir di UK dan xtau bercakap bahasa Cina juga masih bangsa Cina. So x timbul isu bahasa melambangkan bangsa ini sbnarnye.. (x adil kenyataan ni. cth: utk org negro US/UK coz dorg kongsi bahasa kebangsaan yg sama dgn org kulit putih English- tp masih bangsa american-african-mereka ttp bukan mat salih kan? atau masyarakat baba nyonya asli yg hanya tahu berbahasa melayu -dorg bukan melayu jgak kan?)

"patient aku tu nk speaking2 plak, bengang plak aku, tp aku direct aje ckp melayu smp abis wlu die speaking" (kawan sekerja)

"xyah nk speaking2 la ....., ckp melayu aje la..ko bukan org putih pun"(kawan sekerja gak)

"huih berlagak, speaking bukan btul sgt pun"(kawan)

em..aku x paham ape yg jd masalahnye jika bercakap bahasa lain..in fact aku sgt berbangga klu dgr ade oren2 MELAYU yg boleh bercakap dalam bahasa asing, x kisah samada bahasa Inggeris, Cina, India atau lain2..itu merupakan satu kelebihan bagi mereka2 ini yang aku kire sgt berguna utk urusan seharian dan masa depan. Pemikiran sempit OREN2 kite ni yg buat bangsa kite susah nk berjaya, maju dan berdaya saing..masing2 ade sifat cemburu, busuk hati, pemalas dan xnak berusaha..(sori klu benar)

yes, mmg grammar org tu x btul
yes, mmg slang die x sedap
yes, mmg vocabulary and pronounciation die x btul

tp kite? jgn asyik nk kritik oren aje..cermin la diri tu dulu..kite lg la, dah la x tau nk ckp bahasa lain(english especially), bahasa ibunda sendiri pun bnyak yg x btul...cuba tanya diri sendiri, pernah x kite score straight A utk bahasa melayu sejak dari sekolah rendah ke sekolah menengah? so ape bukti kite betul2 mengagungkan bahasa kebangsaan..haha klakar la kite ni

Aku ade kawan Cina yang sgt fasih berbahasa melayu, die juga merupakan wakil pendebat sekolah dan selalu skor bahasa melayu A time ujian atau penilaian and yet he can speak his own language + english really well...so sape yg agungkan bahasa melayu sbnarnye ni? KITE? bahasa melayu A? pandai bersajak? pernah rujuk kamus dewan bahasa?

hahaha..klakar btul kite ni kan?

kenapa aku nk tulis benda bahasa mcm ni..aku da bosan and muak dgr mcm2 oren kite mengata oren2 sendiri, kan lg baik klu x suke tp diam aje, psl malu klu bangsa lain tau..juga nk sedarkan oren2 kite ni sket yg pemikiran kite ni dah ketinggalan zaman la..org british sanggup blaja bahasa melayu utk kajian tentang sejarah tanah melayu dulu...kite pulak xnak blajar bahasa dorg utk kaji ilmu dorg..

Cuba kite bayangkan yg kite ditanya psl agama dlm bahasa selain bahasa melayu oleh bangsa lain..ape yg kite nk jawab? kite tahu nk jawab ape x? itu dakwah jugak kan coz menyampai atau menjelaskan perkara agama..

ALOHA....

Aku ade satu pengalaman berborak dan ditanye dgn pelbagai soalan asas agama oleh seorg gadis Finland yg praktikal di hospital. Malu btul coz aku bnyak tercari2 perkataan utk diterjemahkan dlm bahasa inggeris sedangkan die sedang berminat mendengar. (Nape x bwk die rujuk kt org yg alim atau fasih berbahasa inggeris?-tanya kamu semua) ini psl die bukan nk masuk islam tp cuma borak2 kosong..xkan la aku bijak sgt nk bwk die trus jumpe mana2 org/ustaz, pelik la nnt die..ape daaaaa-jawapan burung

(Nape aku boleh lpak ngan awek Finland ni?-tanye kamu semua lagi) em psl xde oren kite berani nk tegur die coz rasa x pandai inggeris kot-jawapan burung.. in fact inggeris die pun xde la excellent mana coz itu bukan bahasa ibunda die..tp bnyak ckp (dan ehem2 chantek gak la kot) hahaha..but kesimpulannye, nampak x mcmane bahasa tambahan perlu utk tujuan penambahan kawan/ikatan silaturrahim, dakwah dan juga keyakinan diri..

aku nk sertakan sekali artikel yg aku baca kt page Dr Asri (ex-mufti perlis) mengenai kepayahan Saudara ISLAM baru kite utk mendalami agama kerana beberapa masalah dan salah satunya adalah masalah BAHASA..baca dan renung2 kan lah bersama...

http://drmaza.com/home/?p=539

aku bnyakk lagi nk komen tp da start nk emotional dah..marah ni wooo..tp xnak la nampak mcm extremist plak..haha bahaya, nnt org benci + nympah

aku mmg x pandai semua bahasa(melayu atau English 2-2 pun kantoi)..semua pun sedang2 aje..tp at least aku cube/berusaha dan x kan kutuk org len yg nk atau sedang berusaha..
aku cintakan bahasa MELAYU/MALAYSIA dan ttp mengganggap yg BAHASA MELAYU adalah bahasa indah dan PALING MUDAH utk DIPELAJARI..so jgn ade sape2 yg terasa atau kecil hati ngan artikel aku ni..xde niat nk tuju kt sape2 pun tp hanya sebagai rujukan dan renungan diri semua

Burung Kebangsaan?

7 comments:

  1. 1) tak dapat kita semua nafikan peranan bahasa kedua, ketiga atau bahasa apa sahaja dalam kehidupan kita.lebih banyak bahasa yg dikuasai, lebih bagus lah kita!

    2) Adalah amat menyedihkan kerana anak melayu sekarang ini lebih mementingkan bahasa asing berbanding bahasa sendiri.Ini hakikat yang terpaksa di telan

    3) Bahasa melayu kita sekarang ini sudah tepu, Percaya atau tidak tanyalah pakar bahasa, DBP sudah mandul kerana gagal memperkembangkan bahasa melayu dan mletakkannya di tempat yg sewajarnya.

    4) sebenarnya isu bahasa telah lapuk,andai dilihat dalam undang-undang / akta persekutuan yang mnjadi teras daulat negara. Berapa sahaja undang-undang / akta yg mempunyai tafsiran dalam bahasa melayu?..Ia boleh dibilang dengan jari!. anda boleh melihat dengan mata kepala anda sendiri andai anda ada aksess ke LAWNET (sebuah halaman berbayar mengenai undang2 dan akta malaysia)

    5) Lihat sahaja negara JEPUN, KOREA, TAIWAN yang telah berjaya mengungguli pelbagai bidang didunia ini, mereka berjaya tanpa perlu mnggunakan bahasa asing. Aku sendri tak faham TUN MAHATHIR dulu pernah memperkenalkan DASAR PANDANG KETIMUR yang diwara-warakan dengan hebat. Segala yang perlu untuk kemajuan telah diceduk tapi dalam isu bahasa ?...tetap juga berkiblat ke barat. Bahasa KOLONIAL tetap diagung. Knapa semangat PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA yang diterap oleh negara-negara tersebut tak pula diceduk?

    6) banyak lagi kejanggalan dan bengik taik yng membelenggu kita sebgai umat melayu ni.Dan isu bahasa ini hanya bengik2 kecil yang cukup menyiksakan sebenarnya.

    7) gunalah apa sahaja bahasa yg kita rasa perlu tapi jangan sesekali mengenepikan bahasa ibunda kerana itulah jati diri kita

    8) ANTARA PERCAYA ATAU TIDAK bercampurlah dengan bangsa-bangsa spt india dan cina, suruh mereka tafsirkan bahasa mereka sendiri dan suruh mereka tulis dgn tulisan bangsa mereka sendiri, berani aku potong jari hampir 3 suku gagal menafsir dan menulis dalam bahasa mereka sendiri!. Mereka sudah kehilangan jati diri dan adakah kita mahu menjadi seperti mereka?

    9) Bahasa jiwa bangsa,dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak!

    10) Ingat! bahasa melayu pernah menjadi lingua franca yg amat ampuh suatu masa dahulu, tapi kahadiran kolonial yg menjarah kerana kesilapan nenek moyang kita telah menghancurkan semuanya.!

    11) sebahagian kita mementingkan bahsa inggeris sebagai bahsa ilmu TETAPI berapa ramai yang SEDAR bahasa untuk mencari ILMU DUNIA DAN AKHIRAT itu telah lama kita ketepikan...hehehehe...kali ini mmg betul lawak!!!

    ReplyDelete
  2. 1)benar hujah itu..tp perlu diingat yg dasar pandang ke timur adalah khusus kpd kepakaran teknologi, pengurusan dan urusan perniagaan..attitude org sana pun x nak diikuti,apatah perlu bicara soal bahasa

    2)jgn banding korea atau jepun...mereka adalah bangsa yg rajin berusaha(hasilnya mereka dapat cipta kepakaran dan teknologi sendiriu tanpa perlu rujuk mat salih) kite ade kajian yg setanding dorg ke klu x nak blajar bahasa lain

    3)bangsa mereka sgt bermasalah utk mempelajari bahasa lain spt yg kite ketahui...dan ini juga x bagus sbnarnye..bahasa AL Quran adalah dlm kategori bahasa lain..

    4) bangsa yahudi belajar bahasa arab utk mengkaji Al Quran..sehingga mereka menjadi masyarakat berkuasa..klu dorg x blajar bahasa lain dan asyik rujuk bahasa hebrew aje, mcmane nk menang dan kaji strategi..

    5)xkan korg aspect aku nk berckp b. melayu dpan doktor time presentation jika 90 peratus audien dlm dewan berbahasa inggeris..tp klu aku bg ceramah agama kt kg melayu plak aku xkan gune b.inggeris la coz x sesuai...so masuk kandang kambing kena la mengembek klu nk idup

    6) bangga ngan bahasa kena bertempat..isu ni xpernah ditekankan sgt oleh bangsa lain sgt kecuali melayu..so ape masalahnye melayu ni? ape pencapaian bangsa melayu smp kite angkuh nk agung2 sgtkan bahasa kite ni..maka berpada2 lah

    7) ingat Melayu belum tentu islam, Islam bukan maksudnye melayu...sangatt salahhhh

    ReplyDelete
  3. 1) hahahaha yup org2 timur itu amt bijak dan kita melayu ini amat bodoh!so kita kne blajar la..pakai la apa shj bhsa tp bahsa ibunda tu jn diketepikan

    2)bahasa alquran adalah bahasa arab, dan bahsa itu juga yg dikaji oleh yahudi hingga mereka berkuasa kan?...hahahaha so knp kita tak jadikan bahasa alquran tu sbgai bahsa kedua? dan mencontohi mereka dan seterusnya jadi berjaya? hahaha

    3)yup betol tu...masuk kandang kambing mengembek. spt yg komenkan td blajar n btutur la apa shj bhasa tp bahsa ibunda jgn di ktepikan!

    4) g la france, diorg langsung tak lyn org ckp BI..tp kalau bhsa diorg cpt je dijawab! hahahaha (ini dr org2 la ckp).So fakta kita sahaja yg membanggakan bahsa tu adalah salah. dimana-mana sahaja ada gerakan menaikkan bahsa bangsa mereka sendiri

    5) yup melayu bukan tentu islam, dan islam bukan maksudnya melayu!...tapi yg termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA - MELAYU ADALAH ISLAM hehehehe so kita kene plajari bahasa alquran (arab) dan mengembalikan haq nye hehehehee

    ReplyDelete
  4. pendapat dua kupang aku..

    pengentahuan bahasa asing bagi haku perlu..cuma penggunaannya jgn lar dipandang serong..tak salah kita melayu-melayu bertutur bahasa inggeris dan haku sediri tidak malu untuk bertutur dalam bahasa inggeris walaupun salah pronunciation nya dan grammar nya..practice make prefect right? cuma yg menjengkelkan haku org melayu yg berlagak bertutur bahasa inggeris sampai memijak bahasa sendiri mengatakan bahasa ibunda kita nie suck dan kampung..pedulikan kaum2 lain di negara kita ini..bahasa melayu bukan bahasa mereka..dah mereka tidak fasih berbahasa melayu..dan adakah mereka juga prefect english nya??tepuk dada tanya selera..kamu semua tahu..cuma kita rasa yg mereka neh hebat berbahas inggeris disebabkan mereka berinteraksi menggunakan b.i ..klu kita dgr betul2 mereka pun sama tunggang langgangnya..bezanya kita neh malu..malu untuk bertutur dikhalayak..dan mereka neh tidak malu..tidak malu untuk bertutur dikhalayak..melayukan kuat sifat malunya..

    jadi..no matter who u are..bahasa ibunda tu penting..kerna ia menujukkan bangsa..dan bukan semua pertuturan didunia menggunakan bahasa inggeris semata.. chinese dan latin juga adalah bhasa yg sering digunakan diseluruh dunia..dan bukan semua org british mempelajari bahasa melayu..bkn semua org finland cekap berbahasa inggeris..bkn semua cina hebat berpidato..jgn sangka tiada melayu boleh berbahasa cina..semua terletak atas diri sendiri..samada hendak belajar ataupun tidak bahasa asing ini

    p/s: fyi..di france bukan sbb mereka tidak melayan org yg berbahasa inggeris..ingatkah akan perang 100 tahun france - inggeris..?sifat benci pada org inggeris masih ada dlam jiwa diorg..

    ReplyDelete
  5. Setiap bahasa itu indah, jika dihayati dengan sepenuhnya.

    BM - antara bahasa yang paling mudah pernah saya ketahui. so, klu sesiape yang tak dpt memahami dan menghayati BM, suatu kerugian.

    walau apa pun bahasa yang wujud kat dunia ni, ianya tidak yang patut dikeji....

    ReplyDelete
  6. haha..thanx komen dari sume...amat memberangsangkan..awek finland chantek? =p hahaha

    ReplyDelete