Saturday, February 28, 2009

......... ?


Instrumen favourite burung adalah...?

Tuesday, February 24, 2009

GaNg KaPAk...



Men + Moon + Walk = Michael Jackson


em tadi time tgk2 file lama. aku terjumpa artikel pasal angkasawan mendarat kat bulan ni. so aku nk postkan utk tatapan semua OREN2. Bagi yg masih percaya "manusia pernah sampai ke bulan" sila fikirkan sekali lagi.


In fact sudah ramai yg mempertikaikan kesahihan informasi ini sejak dari dahulu. Terdapat pelbagai artikel dan teori2 yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mempertikaikan mengenai kejayaan terbesar tamadun manusia ini, tidak kurang juga pihak2 lain yang menjawab maklum balas mengenai persoalan2 keraguan spt yang dilakukan oleh team 'myth buster' (pro america)mengenai pertikaian kesahihan maklumat di bawah.



Ini teori Burung

a. Kenapa kita tidak ade program ke bulan lagi selepas itu? jika ade,bile kali terakhir kite kesana dan oleh siapa? juga buktinya

b. teknologi manusia ketika itu tidak memungkinkan kite untuk sampai ke bulan seperti yang didakwa Amerika

c. mengapa Amerika dapat menghantar angkasawannya ke bulan tetapi tidak Russia yang ketika itu mempunyai kepakaran yang jauh mendahului amerika (NASA) dalam bidang aeronatik angkasa ini

d. kenapa x di ulangi lagi rekod "pencapaian terulung manusia" itu? Dengan teknologi sekarang, sepatutnya kite dgn lebih mudah boleh sampai ke sana.


Banyak persoalan keraguan misi ulung ini kononnya yang aku da baca dari pelbagai artikel termasuk baru-baru ini di akhbar utusan mingguan yang masih ku simpan keratan akhbarnye. Juga kepada OREN2 yang masih belum jelas ingin aku tekan dan nyatakan sekali lagi :


1. Neil Armstrong x masuk islam - die ade datang 2, 3 or 4 tahun yang lepas ke Malaysia dan menidakkan teori ini (menyesal aku x simpan keratan akhbar sebagai bukti)

2. Die x dgr azan di bulan - enche' Neil Armsrong juga menidakkan teori ini

kite semua tahu yang memang tidak mustahil azan boleh didengari di bulan atau alangkah baiknya jika Neil Armstrong memeluk ISLAM, tetapi point utama disini ialah alangkah sedihnya jike masyarakat kite beranggapan atau percaya sesuatu yang tidak wujud/benar dgn begitu melulu. Maka kaji dan fikir ape2 juga fakta atau ilmu sebelum menerima dan menyimpan ia di dalam otak.


Burung Angkasa+Awan?

Band terhebat maya ini?

23 Oktober 2009 - Bandar Tasik Permaisuri, Cheras KL (9.30 - 10.30)

Sesi jamm 'back 2 square 1' oleh 2 ahli band kapak pada awal 2009 ini memperlihatkan keazaman dan kesungguhan mereka utk bersatu kembali ulas Drumstick band ini; modjo mono. Ketiadaan bassistutta band ini;murkidos mentos, untuk mencari rezeki dan menimba ilmu pornography dilihat sebagai punca mengapa tiada sebarang material dapat dihasilkan lagi oleh band ini sehingga kini. "Band ini klu kami dapat gambarkan ia spt kilang atau pusat2 yang menghasilkan ramai pemuzik2 ulung abad ini" "Kumpulan kami kerap bertukar-tukar anggota serta turut melatih beberapa bakat baru sebelum kami biarkan mereka ini untuk menerokai dunia muzik yang lebih luas" jelas modjo mono bersungguh-sungguh. "Man kidal, Joe Wings adalah diantara mereka yang berbakat dalam kumpulan ini tetapi masih tetap disingkirkan atas alasan mereka kurang aktif bersukan sewaktu bersekolah dahulu" jelasnya lagi.

Sejarah kumpulan ini yang tertubuh sendiri pada sekitar 2005, terus mendapat perhatian peminat2 muzik Puncak Perdana ketika itu. Maka fan club band tidak bernama awalannya ini turut tertubuh bersama kegilaan mereka terhadap persembahan band pujaan mereka ini. Persembahan yang biasanya mengambil masa sekitar satu jam ini selalunya dihadiri oleh beberapa peminat mereka bersama. Ketika ditanya burung ape; pemberi bunyian dan pembaca lirik band ini mengenai bilangan peminat yang selalu bersama mereka, ini adalah maklumbalasnya, “Kami memang mengimpikan kehadiran ribuan peminat kami bersama ketika sesi jamming kami di studio2 sekitar lembah kelang. Malangnya kebanjiran band2 indonesia sedikit sebanyak memberi impak pada penjualan album artis2 akademi fantasia. Maka kerajaan haruslah mengambil tindakan tegas menghantar balik PATI(pendatang asing tanpa izin) ini jika mahu rakyat hidup aman dan sentosa, sekian”

Ini adalah beberapa cadangan nama band ini yang diberi oleh peminat2 mengikut sumber2 band hebat ini;

1. Hujan (telah dicuri guna pakai tanpa kebenaran)
2. Bangkrap – tiada nilai komersial
3. Kugiran ragu-raguan – masih ragu2 lagi
4. “Zinger Burger”- tidak mendapat pelepasan hak cipta nama KFC holdings
5. Terung Unggu – dibantah hebat Pasha Ungu (band Indonesia)

Walaubagaimanapun beberapa tajuk lagu telahpun terhasil menurut kata burung ape dan mereka kini hanya menunggu lirik dan melodinya sahaja sebelum dapat merakamkan material sulung mereka ini. Kehadiran band2 indie masa kini yang dianggap pencetus fenomena muzik tanah air juga dipercayai dipelopori oleh band lagenda dari PJ ini. Diharap band ini dapat lebik sukses setelah penggabungan mereka kembali bersama ahli2kumpulan yang lain dan merakamkan single mereka yang kini hampir menjadi siulan salah seorang peminta setia mereka, Ronggeng.

Norzie pak wan chik
wartawan
majalah ma&pa

Sunday, February 22, 2009

betol,betol betol..!!

Ini adalah sedikit ulasan mengenai filem animasi terbaru yang juga adalah terbitan kerjasama bersama salah satu Kementerian Malaysia.

Geng:penggembaran bermula (upin&ipin)

filem animasi pendek sekitar 1 jam setengah tayangannya yang harus ditonton semua.

kelakar, menarik dan mengujakan.

boleh buat korang rasa berdebar2 spt filem animasi hollywood yang lain.

grafik animasinya nya kemas dan chantek tetapi masih boleh diperbaiki

sape yang x berkesempatan menonton lagi haruslah segera pergi ke pawagam sebelum tempoh wajib tayang tamat

lebih berbaloi jika pergi bersama keluarga atau yang tersayang

8 dari 10 bintang diberikan untuk filem ini
koleksi yang berbaloi utk disimpan bersama DVD cetak rompak anda yang lain

Wednesday, February 18, 2009

I YUNA U..!

bagi kaki muzik indie, korg mesti familiar ngan nama minah ni...
lagu die ada kuar kt radio dah
Baru kuar EP
Check it out guys!

YUNA

1.Backpacking Around Europe
2. After Midnight
3. Dan Sebenarnya (terbaek dari ladang!)
4. Blue Sands
5. Deeper conversation

+ lagu rocket(best gak)..try dgr kt youtube
..very radio-friendly music

BUrUng RoCkers?

Sunday, February 8, 2009

Burung pergi sementara?



pergi aku
pergi aku buat sementara
engkau yg menunggu aku
menunggu pasti setiap masa
woooo......

dengan ini dukacita dimaklumkan yg blog burung akan bersawang buat seketika..maybe 10 hari atau lebih..walaubagaimanapun kite masih akan ttp berinteraksi melalui ruangan Cbox yg sedia ade..

adioss

Burung Mati?

Episode III

kembali...

harga tiket feri RM 14 seorg bagi perjalanan pergi dan blk..x lupe juga bayaran membawa masuk kereta ke kawasan jeti sebanyak RM2

Harga Rumah Penginapan kami pula adalah Bungalow 3 bilik yg berharga RM300 semalam. Lebih kurang Rm35 seorang.

Kawasan Bungalow ini dikatakan baru saja dibuka utk disewa sejak ditutup sebelum ini. Kawasan ini mempunyai hampir 10 buah bungalow (jika x silap) di kawasan yg agak chantek,privasi dan menarik.



Terbahagi kpd 2 kategori..Bungalow atas bukit(RM300) dan tepi pantai(RM350) boleh dipilih mengikut kesesuaian. Wlubagaimanapun jarak bungalow kami tidaklah begitu jauh dgn pantai..kurang 2 minit berjalan kaki sahaja ke sana



kawasan dalam bungalow amat menarik dan dilengkapi dgn pelbagai kemudahan asas seperti penghawa dingin, TV flat skrin,sofa, mesin basuh, katil, almari dan juga perkakasan pinggan mangkuk.



Amatlah dinasihati utk membawa sedikit bekalan makanan sebelum ke pulau spt air mineral, roti,maggi, atau snek ringan kerana harga makanan disana agak 'meriah'. Makanan juga boleh dipesan melalui panggilan telefon ke pejabat pengurusan bungalow. RM2.50 dikenakan bagi sebungkus nasi lemak dan RM 4.50 bagi sebungkus nasi goreng.




XTVT pertama kami bermula dgn pengambilan gambar bg pasangan romantik ini oleh enche' murkidos dan mono sukarno sebagai additional photographer di kawasan tepi pantai -3.30pm ..gambar yg diambil mono adalah spt di bawah


ini adalah salah satu xtvt utama mono ketika bersama kami. Beliau amat obses dgn malboro light nya dgn harapan dpt menghilangkan identiti 'kreteknya'....'waduh, sdap bangat marborro lite ini ya"




Murkidos adalah photographer utama kami pada trip cuti2 malaysia kali ini..diikuti rapat oleh apih ratu/duta Canon di petak ke-2...dan mono sukarno dipetak ketiga sebagai emm...pembawa tripod mereka?



Sepatutnya kami ke kawasan pantai utk mandi manda, namun alangkah kurang bernasib baeknya kami kerana air laut sudah pun surut pada waktu terbabit - 4pm..maka waktu yg terbai utk madi di pantai P. Besar ini adalah pagi atau ketika tgh hari... lalu kekuciwaan mereka ini terubat dgn kemudahan swimming pool yg ade disediakan oleh pihak bungalow




aktiviti merakam gambar boleh dikatakan menjadi keutamaan memandangkan 3 kamera bersekutu dari parti yg berlainan (Sony,Canon dan Nikon) ade menyertai setiap langkah kami ke mana2. Mereka2 yg terbabit dlm cuti2 malaysia ini adalah merupakan makhluk ganas yg tidak boleh melihat lensa kamera diacukan pada mereka.


kekuciwaan mereka turut ditambah tatkala staf kawasan terbabit menyatakan yg Tan Sri bla bla (pemilik pulau) belum memberi kelulusan utk permainan air (banana boat, jet ski dll) di pantai pulau besar lagi.




maka kami terus bergambar..sila sedia maklum yg kawasan bungalow ini adalah tanah persendirian, maka ia bersih dan bebas dari pencemaran sampah dan mata...kawasan makam keramat dan tempat2 yg kurang elok spt didengari adalah di belah yg berlainan..



Ini adalah wakil produk kecantikan Canon yg dihantar utk menemani serta merakamkan detik2 perjalanan cuti2 kami


Ini pula adalah budak istimewa yg dihantar pihak kesihatan daerah JB tengah bagi menceriakan hati mereka tatkala kami merana menjaga anak istimewa ini..malangnya beliau juga obses dgn lensa kamera..walaubagaimanapun time kasih diucapkan atas kesudian beliau merancak dan meramaikan xtvt cuti2 kali ini..



akhir kata kami ingin menjelaskan yg kami tidak sempat menjelajah keseluruhan kawasan pulau ini sepenuhnya disebabkan kesuntukan masa. Tetapi kami sempat singgah utk melihat keadaan P. Besar spt yg diceritakan ramai org. Kawasan makam yg dikelilingi dgn khemah dan juga warga india dan melayu 'indon' yg agak pelik pada pandangan kami membanjiri sehingga jln menuju ke bhg pulau yg terletaknya padang golf. Kami diberitahu yg kawasan ini lebih meriah dan ramai ketika maulud nabi sehingga polis perlu dikerahkan utk menjaga keadaan. Maaf, tiada satu gambar pun dari salah seorang photograher kami yg diambil bagi menggambarkan kawasan terbabit.

Amat diharap tindakan 'pembersihan' dpt dilakukan oleh pihak kerajaan dan agama negeri di kawasan ini bagi membanteras xtvt yg mencemar keindahan dan nama baik P.Besar ini...



ini adalah pahlawan sri lanka yg diharapkan menjaga kami. Malangnya ape yg berlaku adalah sebaliknya, beliaulah yg perlu kami jaga sehingga perlu diletakkan di penjuru dinding hujung sewaktu tidur mlm di bungalow terbabit

Sekian episode III

Arctic Birds..?

ni faveret band aku ..
dari Sheffield, England..
4 org line-up
dgn lagu yg catchy and fast strumming
accent Yorkshire/english utara England yg pekat
antara lagu yg harus cuba di dgr adalah:

-i bet you look good on the dancefloor
-a view from the afternoon
-Fake tales of san francisco
-teddy pickers
-mardy bum
-only one who knows(lagu slow)
-Scummy

lagu yg paling awal mendapat tempat di telinga aku adalah

-Fluorescent Adolescent
-A certain Romance
-Brianstorm


overall mmg best dorg punye LIVE performance
aku harap ade local band yg men style lagu dorg ni
tp dgn lirik BAHASA MELAYU plak
apepun..2 tumbs up utk band faveret aku ni

XTVT Ahad keluarga burung...

keluarga burung tanpa enche' burung dan 2 lagi adik lelakinya...

mak enche' burung yg cute

sukan keluarga burung

bapak enche' burung

hijau warna rumah sukan burung ketika darjah 6

taman tasik permaisuri ?

time aku sibuk ngambil gambar..aku x perasan yg ade satu kumpulan nasyid baru tgh guna scene sama kt blakang aku utk photography dorg..haha mesti pelik tgk aku baring kt tepi tu sorg2

kawasan tepi tasik permaisuri jgak ni

aku rasa mcm ade... x tenang dgr benda bergerak2 kt situ

kumpulan senamrobik terbesar di tasik permaisuri ari ahad

peronda berkuda akademi fantasia DBKL

adik bongsu burung

persamaan mereka berdua..gigi sama2 kuning..hahaha

badminton regu campuran

bakal wakil rumah sukan hijau...

badminton +burung = Lee Chong Wei ?

Saturday, February 7, 2009

EPISODE II

Sabtu 31 Jan 2009 - jam 9 pagi bertolak - Dari kajang ke Pulau Besar - 3 Kete

Hyundai Kuat -
Cacai pengemudi : Murkidos Mentos Sony
Co-Pilot : Mr Burung-burungan berterbangan di awang-awangan
Pemberat kereta - FabE the Down's syndrome child

MyVi hitam burok -
Cacai pengemudi : Mono Wak Sukarno
Co-Pilot : Apih ratu cantik Canon
Pemberat kereta : Pidot Kedongdong

Persona Z -
Cacai pengemudi : Pahlawan Sri Lanka
Co-Pilot : FAhd warga lama
Pemberat kereta : Ha si penjaga Fahd

hyundai front view..1st runner leading

hyundai side mirror view..Persona cube memintas

Sony + mentos = murkidos aka cacai pengemudi hyundai

photographer photographing each other..?

Thursday, February 5, 2009

Bahasa Burung..?


Bahasa Inggeris atau melayu...
Bahasa melambangkan bahasa..?
Cintai bahasa or xnak berusaha..?

Tak tau nk mula dari mana.. rasanye dah lama dah isu ni berlegar2 dalam fikiran burung, klu x silap sejak sekolah menengah lagi. Kenapa oren melayu bile jumpe oren melayu, segan nk bercakap dalam bahasa perantaraan inggeris? tapi ini tidak pula menjadi masalah bagi hampir kebanyakkan bangsa lain seperti Cina, India atau Sikh...mereka senang berkomunikasi sesama mereka samada rojak atau inggeris sepenuhnya. Klu diikutkan, mereka 'hampir' fasih dalam pelbagai bahasa dan tidak pernah nampak yang mereka seperti kehilangan identiti bangsa mereka. Oren Cina yg tinggal dan lahir di UK dan xtau bercakap bahasa Cina juga masih bangsa Cina. So x timbul isu bahasa melambangkan bangsa ini sbnarnye.. (x adil kenyataan ni. cth: utk org negro US/UK coz dorg kongsi bahasa kebangsaan yg sama dgn org kulit putih English- tp masih bangsa american-african-mereka ttp bukan mat salih kan? atau masyarakat baba nyonya asli yg hanya tahu berbahasa melayu -dorg bukan melayu jgak kan?)

"patient aku tu nk speaking2 plak, bengang plak aku, tp aku direct aje ckp melayu smp abis wlu die speaking" (kawan sekerja)

"xyah nk speaking2 la ....., ckp melayu aje la..ko bukan org putih pun"(kawan sekerja gak)

"huih berlagak, speaking bukan btul sgt pun"(kawan)

em..aku x paham ape yg jd masalahnye jika bercakap bahasa lain..in fact aku sgt berbangga klu dgr ade oren2 MELAYU yg boleh bercakap dalam bahasa asing, x kisah samada bahasa Inggeris, Cina, India atau lain2..itu merupakan satu kelebihan bagi mereka2 ini yang aku kire sgt berguna utk urusan seharian dan masa depan. Pemikiran sempit OREN2 kite ni yg buat bangsa kite susah nk berjaya, maju dan berdaya saing..masing2 ade sifat cemburu, busuk hati, pemalas dan xnak berusaha..(sori klu benar)

yes, mmg grammar org tu x btul
yes, mmg slang die x sedap
yes, mmg vocabulary and pronounciation die x btul

tp kite? jgn asyik nk kritik oren aje..cermin la diri tu dulu..kite lg la, dah la x tau nk ckp bahasa lain(english especially), bahasa ibunda sendiri pun bnyak yg x btul...cuba tanya diri sendiri, pernah x kite score straight A utk bahasa melayu sejak dari sekolah rendah ke sekolah menengah? so ape bukti kite betul2 mengagungkan bahasa kebangsaan..haha klakar la kite ni

Aku ade kawan Cina yang sgt fasih berbahasa melayu, die juga merupakan wakil pendebat sekolah dan selalu skor bahasa melayu A time ujian atau penilaian and yet he can speak his own language + english really well...so sape yg agungkan bahasa melayu sbnarnye ni? KITE? bahasa melayu A? pandai bersajak? pernah rujuk kamus dewan bahasa?

hahaha..klakar btul kite ni kan?

kenapa aku nk tulis benda bahasa mcm ni..aku da bosan and muak dgr mcm2 oren kite mengata oren2 sendiri, kan lg baik klu x suke tp diam aje, psl malu klu bangsa lain tau..juga nk sedarkan oren2 kite ni sket yg pemikiran kite ni dah ketinggalan zaman la..org british sanggup blaja bahasa melayu utk kajian tentang sejarah tanah melayu dulu...kite pulak xnak blajar bahasa dorg utk kaji ilmu dorg..

Cuba kite bayangkan yg kite ditanya psl agama dlm bahasa selain bahasa melayu oleh bangsa lain..ape yg kite nk jawab? kite tahu nk jawab ape x? itu dakwah jugak kan coz menyampai atau menjelaskan perkara agama..

ALOHA....

Aku ade satu pengalaman berborak dan ditanye dgn pelbagai soalan asas agama oleh seorg gadis Finland yg praktikal di hospital. Malu btul coz aku bnyak tercari2 perkataan utk diterjemahkan dlm bahasa inggeris sedangkan die sedang berminat mendengar. (Nape x bwk die rujuk kt org yg alim atau fasih berbahasa inggeris?-tanya kamu semua) ini psl die bukan nk masuk islam tp cuma borak2 kosong..xkan la aku bijak sgt nk bwk die trus jumpe mana2 org/ustaz, pelik la nnt die..ape daaaaa-jawapan burung

(Nape aku boleh lpak ngan awek Finland ni?-tanye kamu semua lagi) em psl xde oren kite berani nk tegur die coz rasa x pandai inggeris kot-jawapan burung.. in fact inggeris die pun xde la excellent mana coz itu bukan bahasa ibunda die..tp bnyak ckp (dan ehem2 chantek gak la kot) hahaha..but kesimpulannye, nampak x mcmane bahasa tambahan perlu utk tujuan penambahan kawan/ikatan silaturrahim, dakwah dan juga keyakinan diri..

aku nk sertakan sekali artikel yg aku baca kt page Dr Asri (ex-mufti perlis) mengenai kepayahan Saudara ISLAM baru kite utk mendalami agama kerana beberapa masalah dan salah satunya adalah masalah BAHASA..baca dan renung2 kan lah bersama...

http://drmaza.com/home/?p=539

aku bnyakk lagi nk komen tp da start nk emotional dah..marah ni wooo..tp xnak la nampak mcm extremist plak..haha bahaya, nnt org benci + nympah

aku mmg x pandai semua bahasa(melayu atau English 2-2 pun kantoi)..semua pun sedang2 aje..tp at least aku cube/berusaha dan x kan kutuk org len yg nk atau sedang berusaha..
aku cintakan bahasa MELAYU/MALAYSIA dan ttp mengganggap yg BAHASA MELAYU adalah bahasa indah dan PALING MUDAH utk DIPELAJARI..so jgn ade sape2 yg terasa atau kecil hati ngan artikel aku ni..xde niat nk tuju kt sape2 pun tp hanya sebagai rujukan dan renungan diri semua

Burung Kebangsaan?

Wednesday, February 4, 2009

2 pic 4U2C...?


Funky+creative = Mr. WHaT BiRD?

Award again? hahaha..i bet now must be a mating season for this 'awarding things'.. but yet to show me appreciation for this special awards given, i would still going to thanx me 'siti' + yamaha + nikon D80 for giving me such a great inspiration to blogging and rocking all these years...

not forgetting me 'OREN2'/kapak'ers which had supporting me until the day i became stronger and tougher than they do(am i?)..hahaha all this awards are the proof that a fisherman's son also can be a doctor if they choose to be one....

let the bygone be bygone....(thinked that im going too much on my speech; sori guys)